Peteh GANU Peteh...!!!
Selamanya Harimau Malaya

Skuad Olimpik Negara Berjaya Ikat Olimpik Lubnan

Dalam aksi Kelayakan Olimpik 2012 perlawanan pertama malam tadi yang berlangsung di Stadium Sport City, Beirut Skuad Olimpik Negara berjaya mengimbangi perlawanan dengan mengikat Olimpik Lubnan 0-0.

Perlawanan yang di kuasai sepenuhnya Olimpik Lubnan ini menyaksikan anak-anak buah Ong Kim Swee lebih banyak berkampung di kawasan sendiri. Bermula dengan penuh berhati-hati dan banyak kesilapan-kesilapan mudah yang di lakukan membolehkan pasukan lawan menguasai bola dan mengasak ke kubu Olimpik Negara. Walau bagaimanapun aksi kemas serta displin yang tinggi di bahagian pertahanan serta kepantasan Khairul Fahmi mengagalkan setiap serangan yang dilakukan oleh pemain lawan.

Anak-anak buah Ong Kim Swee juga berjaya mencipta beberapa peluang terbaik untuk menjaringkan gol terutamanya di separuh masa kedua. Rembatan Izzaq Faris pada minit ke-51 berjaya ditepis penjaga gol Olimpik Lubnan. Begitu juga percubaan Wan Zack Haikal pada minit ke-62 tepat ke dakapan penjaga gol lawan setelah mendapat lorongan cantik daripada Gary Steven. Pada minit-minit terakhir perlawanan Syahrul Azwari hampir berjaya memecah kebuntuan gol setelah berjaya menewaskan penjaga gol namun bola tersebut sempat di kuis keluar pemain pertahanan Olimpik Lubnan.

Keputusan seri ini menceriakan Ong Kim Swee dan mempunyai peluang baik untuk mencipta sejarah mara ke peringkat seterusnya dalam menghadapi pertemuan kedua pada 23 Jun ini di Stadium Nasional Bukit Jalil. 



Skuad Olimpik Negara akan menghadapi ujian sebenar malam ini apabila bertemu Lubnan di Beirut dalam perlawanan pertama kelayakan Olimpik 2012. Jika diukur kepada prestasi semasa jelas menunjukkan Skuad Olimpik Negara belum bersedia dan tidak berada di prestasi terbaik bagi menghdapi perlawanan yang cukup genting ini. Dalam 2 perlawanan persahabatan yang dilalui Skuad Olimpik Negara sebelum ini, kedua-duanya tewas kepada Kemboja 1-0 dan Skuad Olimpik Qatar 4-0. Diharap persiapan serta latihan yang dijalankan di Qatar selama seminggu bagi menghadapi Lubnan dapat menghasilkan sesuatu yang positif.

Kesebelasan Utama Skuad Olimpik Negara

Penjaga Gol
Khairul Fahmi Che Mat

Pertahanan
Muslim Ahmad, Mahali Jasuli, Fadhli Shas, Zubir Azmi

Tengah
Shukur Jusoh, Fandi Othman, Irfan Fazail, K. Gurusamy

Penyerang
Izzaq Faris, Wan Zack Haikal

No comments:

Post a Comment