Peteh GANU Peteh...!!!
Selamanya Harimau Malaya

Ong Kim Swee Panggil 3 Pemain Terengganu



3 pemain Terenggnau iaitu Joseph Kalang Tie, Ismail Faruqi dan Zubir Azmi menyertai beberapa pemain lain menjalani latihan bersama-sama skuad Ong Kim Swee bagi menghadapi perlawanan persahabatan dengan gergasi EPL Chelsea pada 21 Julai ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Skuad Olimpik Negara diberi peluang untuk bertemu Chelsea bagi mengantikan skuad Datuk K.Rajagopal yang menghadapi saingan kelayakan Piala Dunia 2014 dengan Singapura 23 Julai ini. Ia sudah pasti peluang terbaik bagi ketiga-tiga pemain ini untuk mempertingkatkan prestasi kerana dapat beraksi dengan kelab terbaik dunia dan seterusnya membuktikan keupayaan serta kemampuan dalam perlawanan itu nanti.

Berikut antara pemain yang di panggil jurulatih Ong Kim Swee

Faizal Abu Bakar  (Kedah)
Amri Yahyah  (Selangor)
Rozaimi Abdul Rahman  (Sabah)
Ahmad Hazwan Bakri  (K.Lumpur)
Famirul Asyraf Sayuti  (Pahang)
Hairudin Omar, Farizal Marlias  (Negeri Sembilan)
Syazwan Roslan, Shahrulnizam Mustapha  (Perak)
Syazwan Zainon, Azrul Azmi  (Felda United)
Mohd Azrif Nasrulhaq, Khairul Akhyar  (PKNS Selangor)
Badri Razi, S.Subramaniam, Rizal Fahmi, Izuan Solahudin, Daudsu Jamaludin  (Kelantan)

No comments:

Post a Comment