Peteh GANU Peteh...!!!
Selamanya Harimau Malaya

Jurulatih Tempatan Lahir Keyakinan


Beberapa jurulatih bola sepak tempatan yakin Skuad Harimau Malaya mampu mengatasi Singapura pada perlawanan pertama Kelayakan Piala Dunia 2014 di Singapura 23 Julai ini. Antaranya bekas jurulatih Malaysia B.Sathianathan, Azrai Khor Abdullah dan juga Dollah Salleh.


B.Sathianathan menyatakan Singapura sekarang tidak sama dengan pasukan yang telah memenangi kejohanan Persekutuan Bolasepak Asean (AFF) pada 2007. Beliau percaya dengan barisan pemain yang ada serta reputasi selaku juara Asean Datuk K.Rajagobal mempunyai ramuan untuk menewaskan Singapura. Katanya ketika membimbing Malaysia menentang Singapura pada November 2008, pasukannya mencatat keputusan seri 2-2 dan jika dilihat dalam pasukan Singapura sekarang masih ada pemain yang sama. Jadi tidak mustahil Harimau Malaya mampu memenangi perlawanan dalam pertemuan ini nanti.


Bagi Azrai Khor Abdullah pula perlawanan persahabatan menentang Arsenal dan Liverpool adalah tepat pada masanya dan terbaik sebagai persediaan pasukan sebelum beraksi di Singapura. Prestasi dan persefahaman antara pemain negara semakin baik ditambah pula prestasi kemuncak penyerang Safee Sali menguatkan lagi peluang Malaysia untuk menang.


Sementara itu jurulatih Pahang Dollah Salleh berkata beliau sudah lama tidak melihat pasukan kebangsaan beraksi dengan begitu baik sekali dan percaya Datuk K.Rajagopal mempunyai strategi untuk menghadapi Singapura. Tambahnya lagi pemain dalam skuad kali ini sangat bagus dan pantas sepertimana aksi yang ditunjukkan mereka dalam perlawanan dengan Arsenal dan Liverpool tempoh hari. Ini merupakan senjata utama kekuatan Malaysia.



No comments:

Post a Comment