Peteh GANU Peteh...!!!
Selamanya Harimau Malaya

Penyu Mengamok, T Team Tewas


Skuad Penyu membuktikan status sebagai Juara Piala FA apabila membelasah Felda United FC 6-2 dalam perlawanan terakhir Liga Super di Stadium MPBJ kelana Jaya malam tadi. Terengganu yang perlu menang besar bagi mengejar kejuaraan liga sekiranya Kelentan dan Selangor kalah bermula garang dengan serangan-serangan ke kubu lawan serta menguasai keseluruhan permainan.

Abdul Hadi membuktikan selaku penyerang berbisa Terengganu yang memburu kasut emas Liga Super musim ini dengan menjaringkan 4 gol iaitu pada minit ke-22. 42, 70 dan 80. Dua lagi gol Terengganu di jaringkan oleh Reeshafiq Alwi minit ke-16 dan Abdul Manaf Mamat minit ke-18. Manakala gol Felda United FC masing-masing menerusi Hasmarul Fadzir dan Syazwan Zainon pada minit ke-42 serta 85 permainan.

Sementara itu T Team gagal memanfaatkan peluang beraksi di gelanggang sendiri apabila tewas 2-3 kepada Kuala Lumpur. Anak-anak buah Yunus Alif terpaksa akur menamatkan kempen liga musim ini dengan kekalahan serta kekalahan kedua kepada lawan yang sama.

Dengan berakhirnya saingan LIga Super 2011 musim ini. Terengganu menamatkan saingan di tangga kedua dengan 53 mata hasil daripada 16 kemenangan 5 seri dan 5 kekalahan. Mencatatkan 56 jaringan serta bolos 26 gol. Manakala T Team pula mengutip 31 mata dengan 9 kemenangan 4 seri dan 13 kekalahan serta mencatat 35 jaringan bolos 40 di kedududkan ke lapan liga.  


No comments:

Post a Comment