Peteh GANU Peteh...!!!
Selamanya Harimau Malaya

Tak Perlu Fikir Kekuatan Lawan



Walaupun di undi satu kumpulan dengan Gergasi Asia Jepun serta 2 pasukan Negara Teluk Syria dan Bahrain, Skuad Olimpik Negara tidak perlu gentar sebaliknya perjuangan perlu di teruskan tanpa melihat siapa mereka agar dapat melakukan satu kejutan.
Jurulatih Olimpik Negara Ong kim Swee menegaskan tidak perlu terlalu memikirkan kepada kekuatan lawan tetapi tumpu kepada persediaan bagi meningkatkan keyakinan serta komitmen pemain. Katanya `Pasukan saya tak banyak beza sama ada berada dalam kumpulan A, B atau C, semuanya kumpulan maut yang penting bagaimana nak mempersiapkan pasukan bagi menghadapi lawan`. Beliau akan membuat analisis secara terperinci bagi meneliti latar belakang setiap pasukan dalam kumpulan C ini bagi mengertahui sejauh mana kekuatan serta kelemahan mereka. 

Skuad Olimpik akan menjalani latihan selama sebulan di Slovakia bermula 23 Julai ini. Kembalinya dari Slovakia anak buah Ong Kim Swee akan terbang pula ke Korea selatan untuk latihan selama 10 hari serta mengadakanperlawanan dengan Skuad Olimpik Korea Selatan sebelum pertemuan pertama kelayakan Olimpik dengan Jepun di tempat lawan.

No comments:

Post a Comment