Peteh GANU Peteh...!!!
Selamanya Harimau Malaya

Baddrol Bakhtiar Tidak Tahu



Desas desus Kelab Liga Perdana England, Wigan Athletic untuk menawarkan ujian percubaan kepada pemain Harimau Malaya Baddrol Bakhtiar mengejutkan arena bola sepak negara. Namun sejauh mana kebenaran berita ini masih belum dapat dipastikan kerana Baddrol Bakhtiar sendiri menyatakan tidak mengertahui apa-apa tentang perkara ini.
Baddrol Bakhtiar yang juga penyerang Kedah memberitahu beliau tidak pasti dan ini mungkin khabar angin kerana belum menerima sebarang tawaran daripada kelab tersebut. Tetapi sekiranya benar dan mendapat tawaran rasmi daripada Wigan Athletic, beliau bersedia untuk ke sana bagi menimba pengalaman serta meningkatkan karier bola sepaknya. Sebelum ini Baddrol Bakhtiar pernah dihantar oleh FAM untuk menjalani latihan bersama Chelsea selama dua minggu pada tahun 2008.
Di khabarkan usaha Wigan Athletic untuk mendapatkan Baddrol Bakhtiar adalah sebagai langkah meluaskan perniagaan barangan cenderamata kelab tersebut ke Malaysia.


No comments:

Post a Comment