Peteh GANU Peteh...!!!
Selamanya Harimau Malaya

Skuad Olimpik Buru Kemenangan Keempat



Malam ini Skuad Olimpik sekali lagi akan turun dalam aksi persahabatan menentang kelab Liga Divisyen Satu Hungary, Budapest Honved. Dalam 3 perlawanan sebelum ini. Skuad Olimpik telah berjaya menewaskan Bodva Moldava 1-0, Topvar Topolcany 2-1 dan Liptovsky Mikulas 2-1. Perlawanan yang akan berlangsung pada pukul 11 malam waktu Malaysia ini merupakan satu-satunya perlawanan diluar Slovakia.
Dalam perlawanan ini nanti Ong Kim Swee akan menurunkan enam pemain skuad senior dalam kesebelasan utamanya iaitu Khairul Fahmi, Mahali Jasuli, Muslim Ahmad, Fadhli Shas, K. Gurusamy serta Izzaq Faris. Menurut Ong Kim Swee kesebelasan yang akan diturunkan ini mungkin kesebelasan bayangan untuk menghadapi Jepun dalam pusingan akhir Kelayakan Olimpik 2012 nanti. Beberapa pemain seperti Gary Steven, Irfan Fazali, Affize Faisal Mamat, Izuan Solahuddin dan juga Syazwan Tajuddin tidak dapat diturunkan malam ini kerana mengalami kecederaan.
Beliau berharap dengan adanya tujuh pemain skuad senior ini, momentum kecemerlangan akan lebih positif serta mendapat keputusan yang baik. Apa yang dapat dilihat sekarang semua pemainnya begitu fokus dan bekerjasama dengan baik. Tambah beliau lagi yang lebih penting setiap pemain perlu melaksanakan tugas serta meningkatkan semangat berpasukan.

No comments:

Post a Comment