Peteh GANU Peteh...!!!
Selamanya Harimau Malaya

Malaysia Tewas Kali Kedua




Malaysia gagal untuk mengatasi kehebatan Brazil apabila tunduk 1-2 dalam acara bola sepak Sukan Universiti Dunia 2011 yang berlangsung di Pusat Sukan Bao‘an Xixiang, China. Perlawanan yang menyaksikan penguasaan penuh dengan rentak samba Brazil ternyata sukar untuk di tangani oleh barisan pemain Malaysia sejak awal permainan. Dengan kekalahan kedua ini ianya menutup terus peluang Malaysia untuk melangkah ke suku akhir selepas gagal mengutip sebarang mata dalam 2 perlawanan.


Gol Brazil di jaringkan oleh Jefersom Berger pada minit ke 20 dan minit ke 69, manakala gol tunggal Malaysia di jaringkan oleh pemain Selangor Mohd Bunyamin Omar pada minit ke 87. Walau bagaimanapun dalam pertemuan dengan pasukan berkelas dunia ini, anak buah Aminuddin Hussin patut di beri pujian kerana dapat memberikan saingan yang hebat serta mempamerkan semangat juang yang tinggi.


No comments:

Post a Comment