Peteh GANU Peteh...!!!
Selamanya Harimau Malaya

Belajar Dari Pengalaman - Safiq Rahim



Selepas tersingkir daripada Kelayakan Piala Dunia kepada Singapura minggu lalu Skuad Harimau Malaya akan berdepan Oman dalam aksi persahabatan rabu depan. Perlawanan yang akan berlangsung di Oman itu boleh di jadikan batu lonjatan untuk anak buah k rajagobal bangkit kembali selaku juara Asia Tenggara serta memulihkan semangat para pemain yang telah luntur.

Bagi kapten Harimau Malaya Safiq Rahim walaupun ianya sekadar aksi persahabatan di harap perlawanan ini nanti dapat menghadirkan keputusan yang positif. Safiq menyatakan ketika ini memang moral beliau dan rakan-rakannya agak rendah setelah di kecewakan Singapura. Namun kekalahan tersebut perlu di lupakan dan perlu bergerak ke hadapan supaya dapat membina sebuah pasukan yang lebih mantap. Katanya lagi apa yang perlu di lakukan sekarang adalah membaiki segala kekurangan yang ada serta belajar dari pengalaman lalu.

Seramai 25 pemain telah di panggil k rajagobal bagi menjalani kem latihan pusat yang akan bermula esok.


No comments:

Post a Comment