Peteh GANU Peteh...!!!
Selamanya Harimau Malaya

Terima Kasih Haji Irfan Bakti, Selamat Kembali Mat Zan



Musim 2012 merupakan saingan lebih getir buat Skuad Penyu kerana akan beraksi di Piala AFC selain mempertahankan kejuaraan Piala FA. Justeru itu Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) perlu segera merangka pelan yang lebih strategik bagi memastikan Skuad Penyu terus kekal sebagai kuasa utama bola sepak Malaysia.

Dalam mesyuarat yang berlangsung semalam, PBSNT telah memutuskan pemain yang akan berhijrah ke pasukan lain serta terus kekal bersama Skuad Penyu pada musim depan. Desas desus sebelum ini yang menyatakan beberapa pemain utama akan berpindah ke pasukan lain masih kekal bersama Terengganu. Namun apa yang mengecewakan seluruh peminat bola sepak Terengganu kehilangan jurulatih yang telah membawa kepada kebangkitan Skuad Penyu terutamanya musim ini tidak lagi bersama pada musim depan. Pemergian Haji Irfan Bakti ke Selangor musim depan amat di rasai oleh semua peminat bolasepak Terengganu yang telah membawa kegemilangan buat Skuad Penyu musim ini setelah berjaya menamatkan kemarau pentas final serta kejuaraan sejak 10 tahun lalu. Kini Mat Zan Mat Aris yang telah mencipta sejarah pada 2001 membawa pulang Piala Malaysia ke  bumi Terengganu menjadi harapan peminat untuk meneruskan kegemilangan pada musim depan.

Selamat datang di ucapkan kepada Mat Zan Mat Aris yang di jadualkan akan tiba hari ini di Kuala Terengganu. Kepada jurulatih Haji Irfan Bakti dan juga para pemain yang akan meninggalkan pasukan Terengganu, terima kasih banyak di ucapkan selama menabur bakti bersama Skuad Penyu. Jasamu Tetap Di Kenang` dan kami di TN mendoakan selamat maju jaya bersama pasukan baru nanti.

Berikut senarai penuh pemain yang kekal/berpindah musim 2012.

Kekal
1. Mazuki Yusof
2. Sharbinee Allawee
3. Ashaari Shamsudin
4. Abdul Manaf Mamat
5. Abdul Hadi Yahya
6. Joseph Kallang Tie
7. Reesyafiq Alwi
8. Ismail Faruqi
9. Ahmad Nordin Alias
10. Mazlizam Mohamad
11. Mohd. Zubir Azmi
12. Nik Zul Aziz Nawawi
13. Hasmizan Kamaruddin
14. Ailim Kamaruddin
15. Mohd Shahril Saa'ri
16. Mohamad Shamirza Yusof

Berpindah
1. Haji Irfan Bakti (jurulatih)
2. Ronny Harun
3. Mohamad Hassan Basri Ahmad Ridzuan
4. Helmi Remeli
5. Zharif Hasna
6. Wan Mohamad Aliff Wan Jasmi



No comments:

Post a Comment