Setelah hampir sebulan mencari pemain import akhirnya kedua-dua pasukan dari Terengganu ini berjaya mengikat 2 pemain untuk mewakili pasukan masing-masing untuk saingan Liga M musim depan. Kedua-dua pasukan telah menguji lebih dari 10 pemain dari beberapa buah negara dalam usaha mencari pemain yang berkualiti.
Dua pemain import yang akan menyarung jersi Terengganu adalah pemain tengah Tercio Nunes Machado (Brazil ) dan penyerang Mohammadou Suamarez (Gambia ). Presiden PBSNT Datuk Che Mat Jusoh menjelaskan pada awalnya Terengganu menyenaraikan penyerang dari Nigeria Sibi Gwar untuk mewakili pasukan namun di sebabkan dokumen yang tidak lengkap ianya gagal untuk didaftarkan. Oleh itu panel pemilihan pemain import yang di ketuai Mat Zan Mat Aris terpaksa memilih pemain lain dan merasakan Mohamadou layak untuk mengantikan Sibi berdasarkan aksi yang dipamerkannya ketika sesi pemilihan. Che Mat berharap pengalaman kedua-dua pemain ini dapat membantu Terengganu pada musim depan bukan sahaja dalam saingan Liga M malah Piala AFC.
Sementara itu T-Team yang sebelum ini telah mengikat bekas pemain pasukan Perlis yang berasal dari Zambia Zacharia Simikounda membawa masuk seorang lagi pemain import. Pihak pengurusan telah mengenal pasti seorang pemain dari Bosnia-Herzegovina iaitu Bojan Petrit bagi memantapkan lagi pasukannya. Pengurus pasukan T-Team Rozi Mamat yakin pasukannya akan lebih menyerlah pada musim depan dengan adanya kedua-dua pemain import ini. Tambah beliau selepas ini T-Team akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan beberapa pasukan bagi mencari keserasian antara pemain import dan juga pemain tempatan.
adok ke video hok bojan petric 2 ???
ReplyDeleteambe try cri..alu ade ambe share
ReplyDelete