Jurulatih Terengganu Mat Zan Mat Aris memuji semangat serta aksi yang dipamerkan oleh pemain import yang baru diturunkan Francis Forkey Doe dalam perlawanan menentang Sarawak Selasa lalu.
Mat Zan menjelaskan aksi Doe dalam perlawanan pertama ini amat membanggakan, yang mana beliau telah berjaya menjaringkan gol walaupun hanya tiba di Kuching beberapa jam sebelum perlawanan bermula. Tambah beliau jaringan Doe ini telah memberi kemenangan yang amat bermakna kepada pasukan lebih-lebih lagi beraksi di tempat lawan. Kehadiran Doe dan juga Erison Da Silva Santos juga telah memberi suntikan semangat kepada pemain-pemain Terengganu yang lain dalam memburu kemenangan.
Dalam pada itu Mat Zan berharap Doe akan terus menemui sentuhan jaringan dalam aksi seterusnya. “Doe mempunyai sentuhan berbisa dan membuktikannya ketika menjaringkan gol kemenangan Terengganu dan saya harap dia akan terus mempamerkan aksi terbaik,” Mat Zan Mat Aris.
Mengulas mengenai persembahan pasukan, Mat Zan mengakui Terengganu belum lagi mencapai prestasi terbaik dalam tiga perlawanan yang dilalui. Keserasian antara pemain import dan tempatan juga belum lagi dapat dinilai sepenuhnya memandangkan ianya baru perlawanan pertama mereka beraksi.
No comments:
Post a Comment