Peteh GANU Peteh...!!!
Selamanya Harimau Malaya

Terengganu Seri, T-Team Tewas



Keputusan berbeza di catatkan kedua pasukan dari Terengganu ini dalam aksi pertama pusingan kedua Liga Super semalam.

Terengganu yang berkunjung ke Paroi menentang Negeri Sembilan gagal meneruskan rentak kemenangan keatas lawannya itu Sabtu lalu apabila sekadar seri 1-1. Terengganu terlebih dahulu membuka tirai jaringan melalui penyerang import dari Liberia, Francis Forkey Doe pada minit ke-4 menerusi sepakan penalti. Selepas jaringan ini perlawanan dilihat dikuasai sepenuhnya Negeri Sembilan yang mengasak bertali arus ke kubu Sharbinie Allawee. Namun kecemerlangan kapten pasukan Terengganu ini mengagalkan setiap percubaan tuan rumah. Pada minit ke-21 Negeri Sembilan berjaya menyamakan kedudukan menerusi penyerang berbisa mereka Jean Emmanuel Effa Owona. Bersambung separuh masa kedua perlawanan agak seimbang dipamerkan kedua-dua pasukan. Terengganu hampir berputih mata apabila tuan rumah dihadiahkan sepakan penalti di akhir permainan, namun ianya gagal disempurnakan oleh Effa Owona. Keputusan 1-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Sementara itu di Kuala Terengganu T-Team gagal menggunakan kesempatan bermain di gelanggang sendiri apabila tewas 1-2 kepada Kelantan. T-Team terlebih dahulu dihadapan pada minit ke-52 menerusi tandukan Khairul Izwan Khalid hasil sepakan percuma. Kelekaan anak-anak buah Yunus Alif dihukum dengan jaringan penyamaan S. Chanturu. Pada minit ke-88 tindakan Bojan Petric membawa padah kepada T-Team apabila memberi sepakan penalti kepada Kelantan setelah menampang bola dengan tangan dan seterusnya dilayan kad merah. Penyerang import Kelantan Mohammed Ghaddar Mahmoud mengesahkan kemenangan pasukan pelawat apabila berjaya menyempurnakan sepakan tersebut.




No comments:

Post a Comment