Peteh GANU Peteh...!!!
Selamanya Harimau Malaya

Tuah Lilitan Lengan



Semenjak memakai lilitan di lengan sebagai kapten pasukan T-Team musim ini, kehebatan Zairo Anuar Zailani dilihat semakin terserlah. Zairo bukan saja menjadi nadi kepada pasukannya yang kini berada di kelompok 5 pasukan terbaik Liga Super malah meletakkan namanya sebagai penjaring terbanyak liga berkongsi dengan pemain import Terengganu Francis Forkey Doe dengan 9 gol. Beliau yang bermain diposisi tengah merupakan arkitek dalam pasukan T-Team yang mana memainkan peranan penting dalam merencanakan setiap pergerakan dan serangan pasukan.

Sepanjang mengharungi perlawanan dalam Liga M, pemain berusia 30 tahun ini telah berjaya menjaringkan 10 gol termasuk 1 gol ketika menewaskan Johor 2-0 dalam saingan Piala FA. Walaupun setiap kali turun beraksi beliau sentiasa mencari peluang untuk menjaringkan gol bagi menambah koleksi jaringan, namun kemenangan untuk pasukan adalah lebih penting.

“Saya rela tidak menjaringkan sebarang gol asalkan T-Team menang setiap kali kami turun ke padang kerana sudah tiba masanya untuk pasukan kami memenangi 1 atau 2 piala selepas bersaing dalam Liga Super sejak 3 tahun lalu.” Zairo Anuar Zailani



No comments:

Post a Comment