Terengganu gagal untuk meneruskan kemaraan ke peringkat suku akhir apabila tewas kepada Kelantan 3-2 pada pusingan ke-2 Piala AFC malam tadi. Bermain di Stadium Sultan Muhammad ke IV dalam keadaan padang yang becak akibat hujan lebat sedikit menyukarkan kedua-dua pasukan dalam melakukan setiap gerakan. Di bawah pengendali jurulatih baru Peter James Butler, corak permainan Terengganu dilihat semakin meningkat terutamanya di separuh masa kedua jika di bandingkan dengan perlawanan sebelumnya.
Kelantan memperolehi gol pertama menerusi Norfarhan Mohamad seawal minit ke 2 apabila menolak masuk bola hantaran lintang Danny Antwi. Norfarhan sekali lagi menjadi duri dalam daging untuk gol kedua pada minit ke-16 hasil 2 kali percubaan setelah tandukan pertamanya berjaya ditepis Sharbinie Allawee. Kelantan masuk ke bilik persalinan dengan lebih bergaya apabila Rizal Fahmi Rosid menjaringkan gol ketiga di minit akhir separuh masa pertama setelah tendangan percumanya gagal diselamatkan Sharbinie.
Bersambung separuh masa kedua, anak-anak buah Butler mempamerkan aksi lebih kemas bagi merapatkan jurang gol dan hasilnya pada minit ke 56 Ismail faruqi berjaya menewaskan Khairul Fahmi Che Mat untuk gol pertama Terengganu. Pada minit ke-80 pertahanan Kelantan Obinna Nwaneri dilayankan kad merah setelah menjatuhkan Abdul Hadi Yahya didalam kotak penalti. Francis Forkey Doe tenang menyempurnakan tendangan penalti untuk menjadikan kedudukan 3-2 sehingga tamat perlawanan.
Walaupun tewas kami di tranungnelang.blogspot,com tetap BANGGA…. SYABAS dan TAHNIAH diucapkan kepada semua pemain.
Anda `KALAH BERMARUAH`
No comments:
Post a Comment