Bulan Sya’ban dah hampir tiba ke penghujungnya dan insyaAllah hari Sabtu ini umat islam akan menyambut kehadiran Ramadhan Al-Mubarak. Ramadhan merupakan bulan yang mulia, bulan yang penuh dengan keberkatan. Pada bulan ini begitu banyak ganjaran dan nikmat yang diberikan oleh Allah S.W.T kepada hamba-hambanya. Oleh itu marilah kita sama-sama memohon keampunan diatas dosa-dosa yang dilakukan sebelum ini serta mencari keredhaan-Nya. Berpuasa di bulan Ramadhan bukanlah sekadar menahan diri daripada makan dan minum dari terbit fajar sehingga terbenam matahari malah ianya juga menghalang diri daripada melakukan perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa itu sendiri. Masih ingatkah lagi lafaz niat puasa ramadhan…??? Jika terlupa disini saya sertakan lafaz niat sebagai ingatan buat diri sendiri dan juga buat perkongsian bersama.
Lafaz niat untuk harian :
Lafaz niat untuk sebulan :
Lafaz doa ketika hendak berbuka :
Lafaz doa selepas berbuka puasa :
Bulan Ramadhan mempunyai banyak kelebihan
Antaranya :
~ Bulan keampunan yang penuh berkat untuk hamba-hambaNya yang tidak pernah lari dari kesilapan dan dosa.
~ Diturunkan satu malam yang istimewa iaitu Lailatul Qadar dimana malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Digandakan pahala amalam pada malam tersebut.
~ Diturunkan petunjuk bagi manusia iaitu Al-Quran pada bulan Ramadhan. Oleh itu kita digalakkan untuk memperbanyakkan serta menggandakan bacaan Al-Quran di bulan Ramadhan nanti.
~ Ditutup pintu neraka dan dibukakan seluasnya pintu syurga.
~ Syaitan tidak dapat menghasut manusia pada bulan Ramadhan. Namun jika masih ada kejahatan yang dilakukan ia berpunca dari nafsu diri sendiri.
`Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak`
http://agenspbo.club/ is a time-honored English spbo livescore football website in sports industry judi online for years. Here you can follow all soccer/football games with livescores, live results, upcoming schedules, exclusive match statistics, daily expert match previews, lineups and get matches live streaming Agen Sbobet Resmi
ReplyDelete,link alternatif spbo : spbolive