Peteh GANU Peteh...!!!
Selamanya Harimau Malaya

Datuk K,Rajagopal Perlu Conggak Strategi Berkesan



Percaturan strategi yang berkesan Datuk K.Rajagobal sekali lagi diperlukan untuk menghadapi Taiwan petang ini dalam perlawanan kedua pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2014. Datuk K.Rajagopal perlu menconggak strategi terbaik bagi memerangkap Taiwan yang begitu berkeyakinan dapat menewaskan Harimau Malaya di gelanggang mereka sendiri setelah dapat menjaringkan satu gol di Kuala Lumpur.

Skuad Harimau Malaya perlu mempertahankan kelebihan satu gol selain melakukan asakan ke kubu Taiwan untuk menambah deposit gol bagi memberi keselesaan kepada pasukan dan seterusnya tekanan kepada Taiwan. Datuk K.Rajagopal mungkin akan melakukan rombakan drastik terhadap kesebelasan utamanya terutama di barisan pertahanan yang dikatakanya ‘tidur’ semasa perlawanan pertama pada separuh masa kedua sehingga membiarkan lawan dapat membolosi pintu gol. Beliau perlu menggunakan pemain berkemahiran tinggi, lincah serta larian yang pantas di bahagian sayap seperti Kunalan, Chanturu, Ashaari dan Amirulhadi bagi membuka ruang kepada rakan di hadapan untuk mencipta jaringan yang mana menjadi senjata utama Harimau Malaya sebelum ini.

Datuk K.Rajagopol mempunyai ramai pemain yang boleh beraksi dengan baik dalam kesebelasan utama yang tidak diturunkan dalam perlawanan pertama antaranya Muslim Ahmad, Mahali Jasuli, S.Chanturu, Ashaari Shamsuddin, K. Gurusamy dan juga Norshahrul Idlan Talaha.   


Waspada Taktik Taiwan




Skuad Harimau Malaya sepatutnya membawa bekalan gol yang selesa ke Taipei Taiwan, jika tidak mensia-siakan beberapa peluang menjaringkan gol pada perlawanan pertama Rabu lalu. Malam esok Harimau Malaya mungkin akan menghadapi tugas berat di Taipei kerana Taiwan hanya memerlukan kemenangan 1-0, untuk memastikan tempat ke pusingan kedua.

Jurulatih Taiwan Lo Chih Tsung yakin untuk memenangi perlawanan di Taipei walaupun ketinggalan dengan satu gol. Katanya di Kuala Lumpur bukanlah corak permainan anak buahnya yang sebenar kerana mereka mengamalkan taktik menyerang balas dan akan digunakan dalam pertemuan kedua nanti. Keyakinan jurulatih Taiwan itu mungkin ada asasnya kerana mereka akan diperkuatkan lagi dengan 2 pemain kelahiran Eropah iaitu Xavier Chin dan Victor Chou yang tidak diturunkan pada perlawanan pertama kerana belum mendapat lampu hijau dari FIFA.

Pada pertemuan malam esok Skuad Harimau Malaya mungkin akan kehilangan sentuhan penjaring terbanyak AFF Suzuki Cup Safee Sali kerana mengalami kecederaan hamstring. Walaubagaimana pun Norsharul Idlan Talaha menghadirkan berita gembira buat penyokong dan kem Harimau Malaya yang pulih dari kecederaan dan bakal diturunkan oleh Datuk K Gopal untuk bergandingan dengan Baddrol atau pun Hadi Yahya.


Jika anak buah K Gopal dapat mengekalkan momentum seperti di Stadium Bukit Jalil Rabu lalu, tidak mustahil misi layak ke pusingan kedua akan tercapai. 



Harimau Malaya 
Bawa Bekalan Tipis


Dalam pertemuan pertama Kelayakan Piala Dunia malam tadi di Stadium Nasional Bukit Jalil Skuad Harimau Malaya hanya mencatat kemenangan tipis 2-1 untuk membawa bekalan ke Taiwan dalam aksi kedua pada 3 Julai nanti. Dalam perlawanan ini rentak persembahan anak-anak buah Datuk K.Rojagopal tidak berada pada tahap yang sebenarnya walaupun menguasai keseluruhan permainan.  
Bermula agak agresif dengan membuat beberapa asakan ke kubu lawan, Harimau Malaya berjaya di hadapan hasil rembatan cantik ketua pasukan Safiq Rahim di luar kotak penalti pada minit ke-27. Sementara Aidil Zafuan menambah gol kedua pada minit ke-54 menerusi tandukan hasil daripada tendangan sudut. Kedudukan 2-0 ini dilihat agak selesa untuk pertemuan kedua di Taipei nanti.  Namun kelekaan di barisan pertahanan membolehkan Chen Po Liang menjaringkan gol pada minit ke-75.
Kesilapan seperti ini iaitu hilang timpuan tidak sepatutnya dilakukan oleh barisan pertahanan kerana ia melepaskan satu gol mudah kepada lawan. Walaubagaimana pun Datuk K.Rajagopal masih optimis dengan kemampuan anak-anak buahnya dan akan mara ke pusingan seterusnya. 





No comments:

Post a Comment