Peteh GANU Peteh...!!!
Selamanya Harimau Malaya

Harimau Malaya Tewas Tetapi Mara Ke Pusingan Kedua




Malaysia mara ke pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 walaupun tewas dalam aksi kedua kepada Taiwan 3-2 di Stadium Municapal Taipei malam tadi. Malaysia berjaya melangkah ke pusingan kedua dengan peraturan gol di tempat lawan setelah terikat agregat 4-4 yang mana pada aksi pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil tempoh hari Skuad Harimau Malaya telah mencatat kemenangan 2-1.

Turun dengan misi mencatat kemenangan kedua ke atas lawan yang sama, anak-anak buah Datuk K Rajagopal tersentak dengan corak permainan berbeza di pamerkan Taiwan jika dibandingkan aksi mereka di Kuala Lumpur. Taiwan menguasai keseluruhan permainan dengan asakan demi asakan di lakukan ke kubu Harimau Malaya. Aidil Zafuan menceriakan kem Malaysia apabila menjaringkan gol pendahuluan pada minit ke-8 menerusi sepakan percuma dari jarak 35 meter. Selepas itu Norshahrul Idlan Talaha berpeluang menambah jaringan pada minit ke-29, namun percubaannya sedikit melepasi palang gol. 2 minit kemudian Taiwan berjaya menyamakan kedudukan menerusi Chang Han yang menanduk bola ke gawang Malaysia setelah berlaku kelam-kabut di depan pintu gol Sharbinee Allawee.

Gol penyamaan ini sedikit pun tidak melunturkan semangat anak buah K Gopal yang terus melancarkan serangan ke kubu Taiwan dan berjaya mendapatkan sepakan percuma di luar kotak penalti pada minit ke-40. Kapten pasukan Safiq Rahim yang mengambil sepakan tersebut tidak mensia-siakan peluang menghadiahkan gol kedua untuk Negara. Kegembiraan Malaysia bagaimanapun tidak kekal lama apabila pada minit ke-43 Mahali Jasuli menghadiahkan sepakan penalti kepada Taiwan setelah mengasari Chen Han di dalam kotak penalti dan pemain tengahnya Chen Po Liang tenang menyempurnakan sepakan tersebut untuk sekali lagi gol penyamaan Taiwan.


Bersambung di separuh masa kedua, kedua-dua pasukan mempamerkan permainan lebih agresif  dengan melancarkan serangan ke kubu masing-masing. Pada minit ke-60 pemain pertahanan Fadhli Shas menjatuhka Po-Liang di dalam kotak penalti dan pengadil perlawanan tidak beragak-agak memberi sepakan penalti namun Sharbinee berjaya penyelamatkan sepakan yang di ambil sendiri oleh Po-Liang. Walaubagaimanapun kelegaan tersebut bertukar tragedi apabila pengadil dari Vietnam ini sekali lagi menghadiahkan sepakan penalti kepada Taiwan setelah Sharbinee didakwa mengasari Chen Han. Kali ini Sharbinee gagal menghalang Xavier Tsan Yuan menjaringkan gol ketiga Taiwan pada minit ke-74. Selepas jaringan ini Taiwan semakin ghairah melancarkan serangan ke kubu Harimau Malaya, tetapi Sharbinee bertindak cemerlang mengagalkan setiap percubaan ke arah pintu golnya. Pada minit-minit terakhir permainan Malaysia hampir penyamakan kedudukan namun tendangan Norshahrul Idlan Talaha sekadar mengegarkan tiang gol.

Dalam pusingan kedua nanti Skuad Harimau Malaya akan bertemu Singapura yang mendapat `bye`. Perlawanan pertama di jadualkan pada 23 Julai di Stadium Jalan Besar, Singapura manakala perlawanan keduanya pula pada 28 Julai di Stadium Nasional Bukit Jalil.
       




Kesebelasan utama Harimau Malaya yang mungkin akan diturunkan oleh Datuk K Rajagopal menentang Taiwan malam ini

Penjaga gol
Khairul Fahmi Che Mat

Pertahanan
Mahali Jasuli, Aidil ZaFuan, Fadhli Shas, Asrarudin,

Tengah
S.Kunalan, Amar Rohidan, Safiq Rahim (c), Amirulhadi

Penyerang
Norsharul Idlan Talaha, Baddrol Bakhtiar

No comments:

Post a Comment