Peteh GANU Peteh...!!!
Selamanya Harimau Malaya

Aksi Saya Belum Menjamin Tempat ~ Sharbinee



Penjaga gol Skuad Harimau Malaya Sharbinee Allawee mempamerkan aksi cemerlang dalam perlawanan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 menentang Taiwan apabila berjaya menghalang setiap asakan berbahaya ke pintu golnya. Malah beliau juga berjaya menyelamatkan satu dari 3 penalti yang diberikan kepada pasukan Taiwan. Walaubagaimanapun Sharbinee berkata aksi yang dipamerkannya dalam perlawanan tersebut masih belum menjamin tempat untuk terus berada dalam kesebelasan utama.

Oleh itu beliau menegaskan banyak lagi yang perlu diperbaiki serta mempertingkatkan prestasinya bagi memikat hati K,Rajagopal dan seterusnya membantu pasukan negara. Mengenai 3 penalti yang diberikan oleh pengadil dari Vietnam itu ia sedikit pun tidak menjejaskan tumpuannya terhadap perlawanan. Bagi beliau penalti ketiga tidak sepatutnya diberikan kerana tiada sentuhan yang dilakukan terhadap pemain lawan.    

No comments:

Post a Comment