Peteh GANU Peteh...!!!
Selamanya Harimau Malaya

Medan Persiapan Terbaik Skuad Harimau Malaya




Pertemuan dengan 2 pasukan gergasi England Arsenal dan Liverpool 13 dan 16 Julai ini harus dipergunakan sebaiknya oleh Skuad Harimau Malaya dalam persiapan menghadapi Singapura dalam kelaya­kan Piala Dunia 23 Julai nanti. Walaubagaimanapun anak-anak buah Datuk K.Rajagopal terpaksa melupakan hasrat menentang Chelsea pada 21 Julai yang akan di gantikan dengan Skuad Olimpik Negara kerana tarikhnya terlalu hampir pertemuan dengan Singapura.

Perlawanan ini perlu dijadikan medan terbaik melakukan persiapan terakhir serta menimba pengalaman kerana anak-anak buah Datuk K.Rajagopal akan bermain dengan pemain-pemain bertaraf dunia. Bagi Datuk K.Rajagopal ianya sesuatu yang baik buat pasukan Harimau Malaya dan dianggap bertuah kerana dapat beraksi dengan 2 pasukan hebat di Liga Perdana Inggeris serta tiba tepat pada masanya sebelum menghadapi kelayakan Piala Dunia. 


Dalam pertemuan itu nanti Datuk K.Rajagopal akan memberi peluang kepada semua pemainnya untuk beraksi dan akan menilai prestasi mereka untuk disenaraikan dalam kesebelasan utama.   

No comments:

Post a Comment