Peteh GANU Peteh...!!!
Selamanya Harimau Malaya

Terengganu T-Team Buru Kemenangan Terakhir Saingan Liga


Skuad Penyu akan bertandang ke Lembah Klang menentang Felda United FC manakala T-Team menerima kunjungan Kuala Lumpur di Kuala Terengganu dalam aksi terakhir Liga Super musim ini. Terengganu yang menduduki tangga ketiga masih berpeluang untuk menjuarai liga seandainya Selangor dan Kelantan tewas kepada lawan masing-masing dan  Terengganu memenangi perlawanan dengan jaringan lebih dari 3 gol.

Bagi Irfan Bakti, beliau tidak mahu memikir situasi ini dan juga keputusan lawan sebaliknya ingin memberi sepenuh perhatian pada perlawanan malam ini. Katanya memang Terengganu masih ada peluang tetapi yang paling penting adalah kemenangan kepada pasukan.

Irfan Bakti di jangka tiada masalah untuk menurunkan kesebelasan terbaiknya memandangkan semua pemain bebas dari sebarang kecederaan. Beliau berpuas hati dengan tahap kecergasan serta prestasi anak buahnya terutama yang menyertai Skuad Senior dan Olimpik Negara.

Sementara itu di kem T-Team pula kemenangan malam ini amat penting bagi memperbaiki kedudukan serta mengembalikan keyakinan peminat terhadap pasukan yang begitu hambar sepanjang saingan liga musim ini. Dalam pusingan pertama di Cheras T-Team tewas kepada Kuala Lumpur yang rata-rata di barisi pemain muda dan malam ini Yunus alif perlu menconggak strategi yang lebih berkesan bagi menghadapi lawan yang sama.

Beliau sudah pasti mengharapkan sentuhan dari pemain berpengalaman seperti Haris Safuan, Norfarhan serta Indraputra untuk merobek pintu gol Kuala Lumpur. Sementara Zairo dan juga Tengku Hasbullah perlu bijak mengemudi bahagian tengah dalam merencanakan setiap serangan ke kubu lawan.

No comments:

Post a Comment