Peteh GANU Peteh...!!!
Selamanya Harimau Malaya

Kecederaan Hadi Yahya Tidak Serius

Kecederaan otot di bahagian belakang pinggul yang di alami penyerang Skuad Harimau Malaya Hadi Yahya ketika menjalani sesi latihan di Wisma FAM khamis lalu diberitakan tidak begitu serius. Kecederaan Hadi Yahya mungkin akan sempat pulih sepenuhnya dalam beberapa hari ini, sebelum pertemuan dengan Taiwan rabu nanti.
Hadi Yahya kini sudah boleh menjalani latihan ringan serta boleh berlari. Ketika Skuad Harimau Malaya menewaskan Harimau Muda A 3-1 dalam perlawanan ujian di Stadium MBPJ Kelana Jaya Hadi Yahya tidak diturunkan malah direhatkan sepenuhnya oleh Datuk K.Rajagopal bagi memulihkan kecederaannya itu. 

No comments:

Post a Comment