Peteh GANU Peteh...!!!
Selamanya Harimau Malaya

RTM Buat Live Liga Malaysia




Setelah hampir 5 bulan melalui proses perbincangan dengan pihak Astro, akhirnya RTM menemui jalan penyelesaian dengan mendapat hak penyiaran siaran langsung bola sepak membabitkan perlawanan Liga Malaysia. Astro merupakan penaja utama Liga Malaysia dan mana-mana stesen televisyen di negara ini yang ingin menyiarkan perlawanan Liga Malaysia perlu mendapat kebenaran daripada pihak Astro.

Dengan ini ia sudah pasti akan memberi petanda positif terhadap perkembangan bola sepak negara dan juga berita gembira buat penyokong bola sepak khususnya yang tidak melanggan Astro. Penantian sekian lama penyokong bola sepak sudah berakhir kerana sebelum ini tidak dapat menyaksikan perlawanan Liga Malaysia di kaca tv yang mana hanya disiarkan di Astro Arena 801 sahaja. Walau bagaimanapun kontrak penyiaran selama 3 tahun dengan Astro itu yang akan disiarkan di TV1 hanya akan bermula dalam saingan Piala Malaysia. Ini bermakna RTM tidak akan menyiarkan siaran langsung perlawanan terakhir Liga Super pada 6 julai nanti. 

No comments:

Post a Comment