Peteh GANU Peteh...!!!
Selamanya Harimau Malaya

Skuad Olimpik Malaysia Mara Ke Pusingan Ketiga Kelayakkan Olimpik London 2012



Dalam perlawanan kedua Kelayakkan Olimpik 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Skuad Olimpik Malaysia berjaya menewaska Lebanon 2-1 untuk mara ke peringkat seterusnya dan menjadi antara 12 pasukan terbaik Asia.


Skuad Olimpik Malaysia mempamerkan aksi penuh bertenaga dengan penguasaan permainan terutamanya di sepanjang separuh masa pertama sehingga berjaya merobek 2 kali gawang Lebanon. Gol pertama Olimpik Malaysia di jaringkan oleh Irfan Fazail yang merembat cantik bola di dalam kotak penalti ke penjuru sebelah kiri pintu gol Lebanon pada minit ke-7 menewaskan Dakramanji Mohamad. Gol Irfan Fazail ini telah menyuntik semangat pemain Olimpik Malaysia dengan rentak permainan lebih menarik dan menyakinkan. Hasilnya pada minit ke-40 Wan Zack Haikal tenang menyudahkan lorongan cantik Gary Steven  Robbat kepadanya untuk menewaslanpenjaga gol Lebanon buat kali kedua.


Di minit ke-50 dalam aksi separuh masa kedua Olimpik Malaysia terpaksa  bermain 10 orang apabila Gary Steven Robbat di arah keluar padang setelah menerima kad kuning kedua. Ketiadaan Gary di bahagian tengah jelas merencatkan rentak permainan dan anak buah Ong Kim Swee lebih banyak berkampung di pintu gol sendiri. Serangan bertali arus Lebanon akhirnya berjaya apabila Chadi Atie menanduk bola hasil kelam kabut di depan pintu gol. Selepas jaringan ini barisan pertahanan Olimpik Malaysia dan juga Khairul Fahmi dipaksa bekerja lebih keras menghalang setiap gerakan dan asakan yang di lakukan Lebanon. Kedudukan 2 -1 ini kekal sehingga tamat permainan dan membawa Olimpik Malaysia melangkah ke peringkat kumpulan mengiringi Jepun, Korea Selatan, Australia, Iraq, Bahrain, Qatar, Arab Saudi, Syria, Uzbekistan, Oman dan UAE.

Di peringkat ini nanti 12 pasukan akan dibahagikan kepada 3 kumpulan yang mana juara akan layak ke Olimpik London 2011 manakala naib juara akan bermain play off. Undian peringkat kumpulan akan berlangsung di Rumah AFC di Bukit Jalil 7 Julai ini sementara perlawanannya pula pada bulan september.






Jika persembahan anak buah Ong Kim Swee dalam pusingan pertama di Beirut tempoh hari di ambil kira, Skuad Olimpik Malaysia mampu untuk mengatasi cabaran Olimpik Lebanon dan mara ke pusingan seterusnya dalam Kelayakan Olimpik London 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini. Dalam perlawanan itu Skuad Olimpik Malaysia bermain dengan baik terutamanya dalam separuh masa kedua dan hampir memenangi perlawanan tetapi ketumpulan barisan serangan menggagalkan hasrat tersebut.

Malam ini sekali lagi kecemerlangan benteng pertahanan yang di ketuai Muslim Ahmad seperti mana di lakukan di Beirut di tagih bagi mengekang setiap asakan dan serangan berbahaya pasukan lawan. Gary Steven Robbat, Wan Zack Haikal dan rakan-rakan yang lain di bahagian tengah perlu menguasai bahagian ini serta bijak dalam merencanakan setiap serangan. Sementara Izzaq Faris sebagai penyerang tunggal perlu meningkatkan lagi prestasinya yang kurang menyengat bagi merobek pintu gol Olimpik Lebanon.

Kesebelasan yang bakal di turunkan Ong Kim Swee (4,5,1)

Penjaga Gol
Khairul Fahmi Che Mat
Pertahanan
Affizie Faizal, Muslim Ahmad, Fadhli Shas, Zubir Azmi,
Tengah
K. Gurusamy, Gary Steven Robbat, Wan Zack Haikal, Fandi Othman, Irfan Fazail
Penyerang
Izzaq Faris




Skuad Olimpik Negara 
Sudah Bersedia
Peluang Skuad Olimpik Negara untuk mara ke pusingan seterusnya di lihat cerah sekiranya anak-anak buah Ong Kim Swee mengekalkan rentak permainan pada perlawanan pertama tempoh hari terutamanya di separuh masa kedua. Dalam pertemuan di Beirut itu Skuad Olimpik Negara telah mempamerkan prestasi yang membanggakan sehingga berjaya mengikat Olimpik Lubnan 0-0. Malam esok Skuad Olimpik Negara akan turun sekali lagi menentang Olimpik Lubnan di Stadium Nasional Bukit Jalil dalam pertemuan kedua.

Jurulatih Skuad Olimpik Negara Ong Kim Swee menyatakan kejayaan mencatat keputusan seri di Beirut tidak akan memberi apa-apa makna jika skuadnya tewas di gelanggang sendiri dan seterusnya gagal melayakkan diri ke pusingan ketiga. Katanya lagi Skuad Olimpik Negara perlu menguasai bahagian tengah bagi mengekang asakan serta merancang serangan ke kubu lawan. Beliau juga mengingatkan pemainnya supaya tenang dan jangan terlalu ghairah serta gopoh dalam setiap hantaran-hantaran ke rakan sepasukan. Dalam tempoh 2 hari ini tidak banyak perubahan dan latihan dapat dilakukan oleh Ong Kim Swee selain memastikan kecergasan kesemua pemainnya berada di tahap yang terbaik.

Sementara itu Kapten Skuad Olimpik Negara Khairul Fahmi Che Mat berkata beliau dan rakannya yang lain sudah bersedia mempertahankan gawang serta mengasak kubu lawan habis-habisan serta bertekad mahu memburu kejayaan layak ke pusingan seterusnya. Beliau mahu rakan-rakan sepasukannya mencari gol awal bagi memastikan keselesaan serta tidak tertekan dalam perlawanan itu nanti. Selain itu Khairul Fahmi menyeru kepada semua penyokong bola sepak agar dapat memenuhi Stadium Nasional Bukit Jalil bagi memberi sokongan kepada Skuad Olimpik Negara.
Mana-mana pasukan yang menang dalam pertemuan ini nanti akan layak beraksi di pusingan ketiga di mana ianya di bahagikan kepada 3 kumpulan daripada 12 pasukan. Juara setiap kumpulan layak secara outomatik ke Olimpik London 2012 sementara naib juara setiap kumpulan akan bermain di peringkat play off.

Dapatkan tiket Perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 23 Jun 2011 bermula jam 3 petang.
Tiket berharga
1. RM30 ~ Grand Stand
2. RM20 ~ Terbuka
3. RM5 ~ kanak-kanak
  

No comments:

Post a Comment