Peteh GANU Peteh...!!!
Selamanya Harimau Malaya

FAM Tentukan Format Baru Liga M 2012 Selasa ini




Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan bermesyuarat 12 Julai ini bagi menentukan format Liga M musim depan yang menjadi perbualan hangat dikalangan persatauan negeri (FA) dan juga penyokong bolasepak kebelakangan ini.

Pada mesyuarat itu nanti FAM akan memutuskan jumlah pasukan di Liga Super dan Perdana, pasukan yang akan dinaik dan diturunkan ke liga serta aksi pemain import. Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, Datuk Hamidin menyatakan segala keputusan yang bakal diputuskan itu nanti bermatlamatkan untuk mengatasi masalah yang timbul sepanjang musim ini serta menambah baik liga tempatan kita.

Sementara itu Pahang dan Sime Darby akan berentap secara timbal balik bagi mengisi satu slot dalam saingan Piala Malaysia yang ditinggalkan Skuad Harimau Muda A yang akan ke Slovakia bagi membuat persediaan menghadapi pusingan akhir Kelayakan Olimpik 2014. Saingan Piala Malaysia yang dijadualkan berlangsung selepas Hari Raya Aidilfitri terhad kepada 12 pasukan terbaik Liga Super dan 4 terbaik Liga Perdana sahaja yang mana akan dibahagikan kepada 4 kumpulan.


No comments:

Post a Comment