Peteh GANU Peteh...!!!
Selamanya Harimau Malaya

Jurulatih Harimau Malaya Kecewa



Datuk K.Rajagobal melahirkan rasa kekecewaan terhadap sikap penyokong bola sepak Negara yang hadir pada aksi persahabatan menentang Arsenal di Stadium Nasional Bukit Jalil Rabu lalu. Ini adalah kerana kebanyakan yang hadir memakai jersi Arsenal dan lebih mengecewakan apabila pemain Negara membuat kesilapan, mereka diejek tetapi sebaliknya jika pemain Arsenal yang membuat kesilapan.
K.Rajagopal berkata kita sebagai rakyat Malaysia sepatutnya memberi sokongan padu kepada pasukan Negara bukannya diejek. Tambahnya lagi penyokong sepatutnya berfikiran dengan bijak, bukan tak boleh sokong kelab dari luar tetapi sebagai rakyat Malaysia yang tinggal di Malaysia kenapa tak boleh sehari sahaja datang ke stadium memakai jersi serta menyokong pasukan Negara sendiri. Beliau berharap pertemuan dengan Liverpool peteng ini ramai yang hadir memakai jersi Malaysia serta memberi sokongan padu kepada anak-anak buahnya.
K.Rajagopal memanggil Ismail Faruqi dan Izzaq Faris Ramlan bagi mengantika Aidil Zafuan dan Norshahrul Idlan Talaha kerana tidak dapat diturunkan dalam perlawanan menentang Liverpool akibat kecederaan buku lali dan hamstring. Jika kedua-duanya mempamerkan mutu permainan yang baik serta memikat hati K.Rajagopal, kemungkinan akan disenaraikan dalam Skuad Harimau Malaya menetang Singapura.

No comments:

Post a Comment