Peteh GANU Peteh...!!!
Selamanya Harimau Malaya

Irfan Bakti Mahu Kekal



Setelah berjaya membawa pulang kejuaraan Piala FA dan naib juara Liga Super musim ini buat Skuad Penyu, jurulatihnya Irfan Bakti telah mendapat beberapa tawaran daripada pasukan lain yang ingin mendapat khidmatnya. Walaubagaimana pun buat Irfan Bakti, beliau masih ingin setia bersama Skuad Penyu. Katanya beliau mempunyai misi lebih penting selepas ini iaitu dalam saingan Piala Malaysia.

Irfan Bakti menegaskan kini beliau komitmen untuk membantu Terengganu dalam saingan Piala Malaysia dan membawa lebih banyak lagi kejuaraan buat Skuad Penyu. Disamping itu Irfan Bakti berpuas hati terhadap prestasi pemainnya kerana mempamerkan peningkatan setiap musim serta berbangga apabila Abdul Hadi Yahya dinobatkan sebagai pemenang Kasut Emas musim ini.


No comments:

Post a Comment