Peteh GANU Peteh...!!!
Selamanya Harimau Malaya

Perlawanan Persahabatan




Petang ini sekali lagi Harimau Malaya akan turun ke Stadium Nasional Bukit Jalil dalam aksi persahabatan menentang satu lagi kelab Perdana Inggeris Liverpool sebelum menghadapi ujian sebenar berdepan Singapura 23 Julai ini.

Setelah tewas 4-0 kepada Arsenal Rabu lalu peminat bolasepak sudah pasti mengharapkan sesuatu daripada anak buah Datuk K.Rajagopal dalam perlawanan ini nanii. Untuk memenagi perlawanan memang satu misi yang agak mustahil tetapi bagi peminat agar pemain dapat mempamerkan satu pemainan yang bermutu serta berkualiti sebagai status juara Asia Tenggara.

Bagi pengurus pasukan Datuk Subahan Kamal, beliau mengharapkan aksi lebih bertenaga dapat dipamerkan Skuad Harimau Malaya tidak sepertimana ketika menentang Arsenal. Katanya lagi pemain Negara perlu menggunakan peluang menetang pasukan besar seperti ini agar dapat belajar sesuatu serta menimba pengalaman.

60000 penyokong The Red dari Malaysia, Singapura serta Thailand dijangka akan membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil. Kepada penyokong Malaysia yang hadir ke stadium diharap dapat memberi sokongan padu kepada pasukan serta memakai jersi Harimau Malaya.


No comments:

Post a Comment