Peteh GANU Peteh...!!!
Selamanya Harimau Malaya

Harimau Malaya Tumbang Di Kota Singa


Harimau Malaya tewas 3-5 kepada Singapura dalam aksi pertama pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Jalan Besar Singapura malam tadi. Perlawanan yang menyaksikan kedua-dua pasukan terpaksa bermain 10 orang setelah kapten Harimau Malaya Safiq Rahim dan bek kanan Singapura Ismail Yunos di layangkan kad merah.


Skuad Harimau Malaya yang di iringi sokongan lebih 1,000 penyokong nyata gagal beraksi pada tahap sebenar yang banyak memberi ruang kepada Singapura melakukan serangan terutamanya di separuh masa pertama. Kerapuhan serta kelemahan benteng pertahanan jelas di perlihatkan apabila melepaskan 5 gol kepada lawan. Kemasukan Hadi Yahya serta Amirulhadi di babak kedua berjaya mengubah corak permainan serta melakukan asakan ke kubu Singapura. Gol Singapura di jaringkan oleh Aleksandar Duric (minit 7, 80). Qiu Li (minit 21), Mustafic Fahrudin (minit 43), Shi Jiayi (minit 45) manakala gol Harimau Malaya di jaringkan oleh Safee Sali (minit 1, 69) dan Hadi Yahya (minit 68).

Dalam aksi kedua nanti yang akan berlangsung pada 28 julai ini di Stadium Nasional Bukit Jalil, anak buah k rajagopal perlu bekerja keras mendapatkan sekurang-kurangnya 2 gol tanpa di bolosi untuk layak ke pusingan ketiga.  

No comments:

Post a Comment