Peteh GANU Peteh...!!!
Selamanya Harimau Malaya

Kelayakan Piala Dunia 2014



Walaupun pertemuan sebelum ini memihak kepada Singapura, ianya bukan ukuran bagi perlawanan malam ini di Stadium Jalan Besar Singapura. Bagi jurulatih Harimau Malaya Datuk K.Rajagopal rekod masa lalu bukan penentu perlawanan malam ini dan beliau positif dengan skuadnya dengan tidak membandingkan pencapaian skuad kebangsaan di masa lalu.


Katanya Malaysia kini berada di situasi dan pemain yang berbeza dan malam ini kita perlu memikirkan apa yang harus di lakukan. Datuk K.Rajagopal mahu anak buahnya memberi komitmen sepenuhnya dan tidak mempersia-siakan sebarang peluang yang ada untuk menjaringkan gol. Pada masa yang sama mengarahkan anak buahnya mengurangkan sebarang kesilapan seperti mana yang dilakukan dalam 2 perlawanan persahabatan sebelum ini.
Kesebelasan yang mungkin diturunkan malam ini

Penjaga gol
Sharbinie Allawee

Pertahanan
Aidil, Muslim, Mahali, Asra

Tengah
Safiq (c), Amar Rohidan, Kunalan, Amirulhadi

Penyerang
Safee Sali, Hadi Yahya      


No comments:

Post a Comment