Peteh GANU Peteh...!!!
Selamanya Harimau Malaya

Malaysia 3 6 Liverpool


video

Harimau Malaya gagal meneruskan rentak cemerlang di separuh masa pertama apabila mengalami kekalahan besar 6-3 kepada Liverpool dalam aksi persahabatan petang tadi di Stadium Nasional Bukit Jalil. Di separuh masa pertama anak buah k rajagopal berjaya mengikat Liverpool 1-1 sebelum di bolosi 5 gol di babak kedua.

Gol-gol Liverpool di jaringkan oleh Adam (minit 26) Ngog (minit 67, 69), Maxi (minit 75.90), Kuyt (minit 90') sementara Harimau Malaya pula di sempurnakan oleh Safiq Rahim (minit 42), Safee Sali (minit 79,82). Minit ke 28 Safiq Rahim hampir membuka tirai jaringan namun percubaannya terus ke dakapan penjaga gol Liverpool Brad Jones. Begitu juga percubaan Baddrol Bakhtiar di luar kotak penalti minit ke 38 gagal menghasilkan sesuatu. Minit ke 77 Martin Hansen sekali lagi berjaya menyelamatkan rembatan cantik Safee Sali.

Walaupun tewas dengan jaringan yang amat besar Harimau Malaya tampir dengan aksi yang membanggakan serta menghiburkan pulahan ribu peminat yang hadir.   



No comments:

Post a Comment