Peteh GANU Peteh...!!!
Selamanya Harimau Malaya

Datuk K.Rajagopal Gembira



Jurulatih Skuad Harimau Malaya Datuk K.Rajagopal gembira dengan prestasi yang dipamerkan anak-anak buahnya menentang Liverpool semalam jika dibandingkan ketika menentang Arsenal Rabu lalu. Malah sentuhan penyudah terutamanya penjaring terbanyak AFF Suzuki Cup, Safee Sali yang dinanti-nantikan selama ini oleh seluruh peminat juga melegakannya. Beliau juga memuji pemain Terengganu Ismail Faruqi yang disifatkannya cukup tenang, pantas serta bijak mencari ruang dan bermain tanpa tekanan.  
Secara keseluruhannya Datuk K.Rajagopal berpuas hati dengan peningkatan prestasi anak-anak buahnya yang mempamerkan permainan pantas serta menunjukkan kombinasi yang baik. Walau bagaimanapun beliau mengakui masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki terutamanya kerapuhan benteng pertahanan yang melepaskan banyak gol dalam 2 pertemuan ini sebelum menghadapi Singapura dalam Kelayakan Piala Dunia 23 Julai ini.
Selepas mengharungi 2 perlawanan persahabatan ini, Datuk K.Rajagopal akan membuat penilaian semula keseluruhan pemain dan akan menurunkan barisan yang terbaik dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi Singapura nanti.


No comments:

Post a Comment