Peteh GANU Peteh...!!!
Selamanya Harimau Malaya

Pemain Senior Taruhan Ong Kim Swee



Menjelang pertemuan Pilihan Malaysia menentang Chelsea  Khamis ini, pengendalinya Ong Kim Swee mempertaruhkan beberapa pemain senior bagi menghadapi perlawanan tersebut.
Antara pemain tersebut adalah Amri Yahyah (Sel), Norhafiz Zamani Misbah, Hairuddin Omar, Farizal Marlias (NS), Badhri Radzi, Daudsu Jamaluddin, S.Subramaniam (Kel), Shahrulnizam Mustapa (PRK), Joseph Kalang Tie  (Ter). Dalam perlawanan itu nanti mereka akan digabungkan bersama-sama dengan pemain Skuad Olimpik negara seperti Irfan Fazail, Gary Steven Robbat, Wan Zack Haikal Wan Nor, Fandi Othman dan Zubir Azmi.
Ong Kim Swee menyatakan sepanjang sesi latihan di Wisma FAM selama seminggu ini kesemua pemain telah menunjukkan sikap yang positif yang mana telah dapat membentuk keserasian antara meraka. Beliau juga mengingatkan semua pemainnya mengambil serius pertemuan ini walaupun sekadar perlawanan persahabatan kerana ianya membabitkan maruah dan nama Malaysia.
Pertemuan ini juga penting bagi pemain-pemain terutamanya pemain muda Skuad Olimpik Negara untuk menimba pengalaman menentang bintang-bintang bertaraf dunia serta meningkatkan prestasi permainan.


No comments:

Post a Comment