Peteh GANU Peteh...!!!
Selamanya Harimau Malaya

Skuad Penyu Ke London 28 Julai



Skuad Terengganu akan mengadakan rombongan ke Kota London sempena hadiah daripada MB Terengganu kerana menjuarai Piala FA pada 28 Julai ini.

Setiausaha Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) Abdullah Salleh berkata tiket-tiket penerbangan untuk rombongan ini sudah pun di tempah oleh kerajaan negeri menerusi sebuah agen pelancongan. Semua pemain, jurulatih serta pegawai Skuad Terengganu akan mengikuti rombongan ini kecuali 5 pemain iaitu Sharbinee Allawee, Ashaari Shamsudin, Helmi Rameli, Hadi Yahya serta Ismail Faruqi yang menyertai Skuad Harimau Malaya dalam Kelayakan Piala Dunia menentang Singapura.

Katanya lagi Skuad Terengganu juga tidak dapat mengadakan perlawanan persahabatan dengan sebuah kelab di sana atas sebab tertentu yang mana pada asalnya terdapat dalam program lawatan ke sana. Selain hadiah lawatan ke Kota London yang di janjikan oleh Kerajaan Negeri Terengganu pemain-pemain juga mendapat wang tunai sebanyak RM10,000 seorang.


No comments:

Post a Comment