Peteh GANU Peteh...!!!
Selamanya Harimau Malaya

Datuk K Rajagopal Conggak Formula



Masa 4 hari yang ada ini akan di gunakan sepenuhnya oleh jurulatih Harimau Malaya k rajagopal untuk mencari formula terbaik berdepan Singapura dalam aksi kedua Khamis ini terutamanya di benteng pertahanan.
Kelemahan serta kerapuhan benteng pertahanan gandingan Muslim Ahmad, Fadhli Shas, Mahali Jasuli serta Asraruddin menyebabkan gawang Harimau Malaya di bolosi 5 kali dalam perlawanan pertama di Singapura tempoh hari. "Kita beri Singapura gol-gol mudah hasil kesilapan sendiri. Kita tak boleh buat begini lagi pada aksi kedua nanti. Kita perlu bangkit untuk menang sekurang-kurangnya dua gol. Saya akan fikir sesuatu untuk aksi kedua nanti." kata k rajagopal.
Beliau berharap anak buahnya tidak akan mengulanginya lagi kesilapan-kesilapan mudah seperti yang di lakukan dalam perlawanan itu dan beliau tetap yakin Malaysia akan mara ke pusingan ketiga. Pada pertemuan kedua nanti di Stadium Nasional Bukit Jalil. Aidil Zafuan yang telah pulih dari kecederaan buku lali akan di turunkan setelah di ketepikan sebelum ini. Sentuhannya amat di tagih oleh penyokong Harimau Malaya untuk mengemudi benteng pertahanan serta mengekang setiap serangan Singapura.
Kehilangan kapten pasukan Safiq Rahim yang menerima kad merah sedikit merencatkan persiapan serta perancangan k rajagopal. Katanya "Safiq seorang pemain tengah yang cukup berpengaruh. Ketiadaannya memaksa saya mencari pengganti sesuai. Saya perlu positif, yakin dan percaya dengan pemain lain yang ada," Beliau mungkin akan menurunkan Ismail Faruqi ataupun Baddrol Bakhtiar untuk bergandingan dengan Amar Rohidan di bahagian tengah.
K rajagopal menyeru kepada penyokong Harimau Malaya turun beramai-ramai ke Stadium Nasional Bukit Jalil Khamis ini bagi memberi sokongan kerana ia bakal memberi motivasi serta semangat kepada anak buahnya bagi menghadapi Singaupra.


No comments:

Post a Comment