Peteh GANU Peteh...!!!
Selamanya Harimau Malaya

Buat Perubahan Drastik



Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin menyatakan jurulatih Skuad Harimau Malaya Datuk K.Rajagobal perlu melakukan perubahan secara menyeluruh terutamanya pada bahagian pertahanan dalam perlawanan kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil Khamis ini. Ini berikutan aksi yang kurang menyakinkan anak-anak buah Datuk K.Rajagobal dalam perlawanan pertama sehingga melepaskan 5 gol kepada pihak lawan.

Katanya Datuk K.Rajagobal harus memperbaiki segala kelemahan dan kepincangan Skuad Harimau Malaya dalam usaha mencari kemenangan dan seterusnya layak ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2014. Dalam perlawanan pertama, pertahanan Skuad Harimau Malaya terlalu lemah dan banyak memberi ruang kepada lawan untuk menguasai bola serta kegagalan pertahanan mengunci setiap pemain lawan. Tambah beliau lagi 3 dari 5 gol yang diperolehi Singapura adalah berpunca daripada kesilapan barisan pertahanan yang tidak dapat membaca dengan baik pergerakan pihak lawan.

Datuk Hamidin tetap yakin Harimau Malaya akan memenangi perlawanan Khamis ini seandainya anak-anak buah Datuk K.Rajagobal beraksi sepertimana yang dilakukan dalam kejohanan Piala AFF Suzuki tahun lepas.


No comments:

Post a Comment