Peteh GANU Peteh...!!!
Selamanya Harimau Malaya

Aidil Turun Jalani Latihan



Pertahan tengah Harimau Malaya Aidil Zafuan telah turun menjalani sesi latihan bersama-sama dengan rakan-rakannya yang lain di Wisma FAM Kelana Jaya petang semalam setelah pulih dari kecederaan buku lali. Jika di lihat daripada latihan ini, Aidil besar berkemungkinan akan dapat di turunkan dalam perlawanan menentang Singapura khamis ini.
Kembalinya Aidil yang bakal bergandingan dengan Fadhli Shas di harap dapat memperkemaskan benteng pertahanan yang agak longgar sebelum ini. Aidil yang akan mengambil tugas sebagai kapten pasukan Harimau Malaya menyatakan Singapura tidaklah hebat sangat cuma kita yang tunjukkan kelemahan kita kepada mereka jadi selepas ini Harimau Malaya perlu bermain dengan corak permainan sebenar.
Menurutnya lagi barisan pertahanan perlu beraksi dengan lebih tenang dan jangan kelam-kabut ketika menerima setiap asakan dari Singapura. Mengenai penyerang Singapura Aleksandar Duric,  Aidil berkata pemain ini memang mempunyai kelebihan pada fizikal serta pergerakan tubuh namun beliau sudah banyak kali berdepan dengannya sebelum ini dan tahu bagaimana hendak menjaganya.


No comments:

Post a Comment