Peteh GANU Peteh...!!!
Selamanya Harimau Malaya

Tiket Laris Bak Pisang Goreng Panas



Sejumlah 60,000 tiket perlawanan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 antara Malaysia dan Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil malam esok sudah habis dijual pada hari pertama penjualannya semalam. Kaunter-kaunter jualan tiket yang di buka di tiga lokasi iaitu Stadium Nasional, Stadium Shah Alam dan Stadium MBPJ terjual bagaikan pisang goreng panas apabila di serbu penyokong-penyokong Harimau Malaya hanya dalam tempoh tidak sampai sehari.
Walaubagaimana pun 25,000 tiket lagi akan di jual pada hari ini di tiga lokasi yang sama bermula jam 9 pagi. Sejumlah 12,500 tiket akan di jual di Stadium Nasional, 6,250 di Stadium Shah Alam manakala di Stadium MBPJ juga 6,250. Sekiranya penjualan tiket pada hari ini juga habis dijual FAM tidak akan mengeluarkan lagi tiket baru bagi perlawanan ini. FAM hanya memperuntukan sejumlah 2,000 tiket sahaja kepada penyokong Singapura untuk menyaksikan perlawanan ini.


No comments:

Post a Comment