Peteh GANU Peteh...!!!
Selamanya Harimau Malaya

Raddy Avramovich Tidak Gentar Sorokan 80,000 Penyokong



Kehadiran 80,000 penyokong Harimau Malaya ke Stadium Nasional Bukit Jalil malam esok bagi menyaksikan perlawanan Malaysia menentang Singapura sedikit pun tidak mengerumkan jurulatih Singapura Raddy Avramovich bahkan melihatnya dari sudut yang lebih positif. Walaupun mengakui pasukannya akan dipengaruhi suasana gamat sorokan penyokong Harimau Malaya, beliau yakin anak-anak buahnya mampu menyerap segala tekanan tersebut.

Katanya pasukan Singapura bukan berdepan dengan 80,000 orang diatas padang tetapi 11 pemain jadi tidak ada masalah dengan kehadiran penyokong yang ramai. Raddy juga tidak menganggap beraksi di gelanggang sendiri akan memberi kelebihan kepada Harimau Malaya kerana perlawanan melibatkan 11 pemain lawan 11 pemain. Beliau percaya jika anak-anak buahnya kekal fokus dan beraksi cemerlang seperti dalam perlawanan pertama tempoh hari Singapura akan mara ke peringkat seterusnya.


No comments:

Post a Comment