Peteh GANU Peteh...!!!
Selamanya Harimau Malaya

Barisan Pertahanan janji Aksi Terbaik



Barisan pertahanan yang diketuai oleh Aidil Zafuan, Mahalli Jasuli, Muslim Ahmad, Fadhli Shas serta Asraruddin Putra berjanji akan bekerja keras bagi memastikan gawang Harimau Malaya tidak akan dibolosi sebarang gol dalam pertemuan kedua dengan Singapura malam esok.

Menyedari peluang untuk ke pusingan seterusnya perlu mengelak daripada dibolosi serta kekecewaan penyokong Harimau Malaya dengan aksi mereka yang melepaskan gol mudah ketika tewas 3-5 kepada Singapura dalam perlawanan pertama Sabtu lalu. Barisan pemain ini bertekad mahu memadam keraguan penyokong terhadap kemampuan mereka dan juga akan bertindak lebih agresif tanpa melepaskan sebarang gol.

Aidil berkata punca utama benteng Harimau Malaya terlalu rapuh adalah masalah kurangnya komunikasi sesama pemain. Tambahnya lagi komunikasi amat penting kerana ianya boleh mengingatkan sesama pemain sekiranya melakukan kesilapan serta mendorong supaya lebih fokus terhadap perlawanan.

Mengikut kepada statistik benteng Skuad Harimau Malaya sudah dibolosi sebanyak 19 gol dalam lima perlawanan terakhir termasuk perlawanan persahabatan menentang Arsenal dan Liverpool.


No comments:

Post a Comment