Peteh GANU Peteh...!!!
Selamanya Harimau Malaya

Perlawanan Hidup Mati



Pertemuan dengan Singapura malam ini merupakan perlawanan hidup mati Skuad Harimau Malaya dalam Kelayakan Piala Dunia 2014. Kelebihan 2 gol yang diperolehi Singapura pada perlawanan pertama perlu dipadamkan bagi meneruskan saingan ke pusingan ketiga.

Pada tektikalnya Skuad Harimau Malaya perlu memenangi perlawanan pada malam ini sekurang-kurangnya dengan jaringan 2-0, 3-1 ataupun 4-2 untuk layak dengan kiraan jaringan di tempat lawan. Datuk K.Rajagobal mungkin sudah mengenal pasti setiap kelemahan pada perlawanan pertama dan menemui formula terbaik bagi menghadapi Singapura kali ini. 

Kehadiran semula Aidil Zafuan tepat pada masanya dikala benteng pertahanan yang begitu rapuh sehingga dibolosi 5 gol. Aidil dan juga gandinganya Fadli Shas, Mahali serta Asrarudin perlu tenang mengawal setiap serangan Singapura yang diketuai Aleksandar Duric. Mereka juga perlu tampil dengan aksi yang lebih kemas dan meyakinkan bagi menutup setiap inci ruang yang menjadi kepincangan sebelum ini daripada membolosi gawang Khairul Fahmi.

Ketiadaan Safiq Rahim dibahagian tengah tidaklah mengusarkan K.Rajagobal kerana masih ramai lagi pemain lain yang dapat mengisi di posisi ini. Ismail Faruqi, Shakir Saari, Baddrol Bakhtiar Amar Rohidan dan juga Gurusamy menjadi pilihan K.Rajagobal untuk mengemudi bahagian ini. Siapa sahaja yang diturunkan perlu bijak untuk mengatur serta mencipta gerakan-gerakan bagi memberi ruang kepada Safee Sali dan Abdul Hadi dihadapan untuk membolosi gawang Singapura. 

Manakala disayap kiri dan kanan sudah pasti akan diisi Amirulhadi dan Kunalan yang mana sebelum ini merupakan senjata utama Harimau Malaya melakukan serangan. Kelincahan serta kemahiran mengelecek pemain ini pasti di tagih K.Rajagobal bagi mengucar-kacirkan benteng Singapura seperti mana yang dilakukan dalam perlawanan pertama. 


Sementara itu Safee Sali dijangka akan menerima lilitan lengan selaku kapten pasukan mengantikan Safiq Rahim yang digantung kerana menerima kad merah Sabtu lalu. 



No comments:

Post a Comment