Peteh GANU Peteh...!!!
Selamanya Harimau Malaya

Skuad Olimpik Makin Garang




Latihan Skuad Olimpik di Slovakia selama sebulan semakin menunjukkan perkembangan yang positif bagi menghadapi pusingan akhir kelayakan Olimpik September depan. Dalam perlawanan persahabatan yang dilalui di sana, anak-anak buah Ong Kim Swee telah mencatat kemenangan ketiga berturut-turut iaitu menewaskan Bodva Moldava 1-0, Topvar Topolcany 2-1 dan terbaru menewaskan Tatran Liptovsky Mikulas 2-1.

Menurut Ong Kim Swee secara keseluruhannya persembahan anak-anak buahnya telah menunjukkan peningkatan tetapi masih banyak yang perlu diperbaiki lagi. Ong Kim Swee gembira dengan perkembangan ini terutamanya barisan depan yang berjaya menjaringkan gol dalam setiap perlawanan namun bagi beliau ia masih terlalu awal untuk menyatakan tahap penyudah anak-anak buahnya sudah berada di tahap menyakinkan tatapi mengharapkan petanda positif ini akan berterusan.

Apa yang penting katanya tahap keyakinan anak-anak buahnya semakin meningkat serta berani dalam membuat keputusan dan tahap disiplin meraka juga semakin baik dari setiap perlawanan. Walaubagaimana pun beliau hanya boleh membuat rumusan yang tepat terhadap prestasi keseluruhan anak-anak buahnya selepas 4 perlawanan persahabatan yang akan dilalui nanti. Selepas ini Skuad Olimpik akan berdepan kelab dari Hungary iaitu Budapest Honved FC pada 9 Ogos.


No comments:

Post a Comment