Peteh GANU Peteh...!!!
Selamanya Harimau Malaya

Nada Kecewa Datuk K Rajagobal





Selepas tersingkir dari kelayakan Piala Dunia 2014 ramai yang mula mempersoalkan kewibawaan Datuk K Rajagobal selaku ketua jurulatih Harimau Malaya. Percaturan K Rajagobal dalam 2 perlawanan menentang Singapura tempoh hari banyak di pertikal oleh penyokong-penyokong Harimau Malaya.

Namun bagi K Rajagobal kekalahan kepada Singapura secara agregatnya 6-3 memang mengecewakan tetapi penyokong perlu sedar dan faham bahawa anak buahnya sudah berusaha sedaya upaya untuk mengatasi Singapura yang rata-rata di barisi ramai pemain yang lebih berpengalaman. Pemain negara sekarang masih muda dan target utama adalah untuk layak ke Piala Asia 2015.

“ Hanya kerana kita tidak layak ke pusingan seterusnya dalam kelayakan Piala Dunia ramai yang muncul sebagai ‘jurulatih’ dan mempersoalkan strategi saya pada perlawanan menentang Singapura tempoh hari. Sewaktu kita menjuarai Piala AFF Suzuki tahun lalu tiada pula yang mempersoalkan apa-apa sedangkan kita menurunkan skuad hampir sama kecuali tanpa Norshahrul Idlan Talaha dan Safiq Rahim “.  Kata K Rajagobal.

Walau bagaimanapun K Rajagobal tidak akan melupakan kehadiran lebih 90,000 penyokong ke Stadium Nasional Bukit Jalil tempoh hari semata-mata untuk memberi sokongan serta semangat kepada pasukan negara.


No comments:

Post a Comment