Peteh GANU Peteh...!!!
Selamanya Harimau Malaya

Laluan Sukar Terengganu, T-Team



Semalam undian Piala Malaysia 2011 telah berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil dan disiarkan secara langsung oleh Astro Arena. Turut hadir pada majlis tersebut Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. Dalam undian yang dijalankan itu Terengganu dan T-Team dilihat tidak mempunyai laluan mudah untuk menempatkan 8 pasukan ke suku akhir.

Terengganu diundi dalam kumpulan B bersama-sama Negeri Sembilan, PKNS serta Sime Darby. Walaupun kurang menyerlah diperingkat liga finalis tahun lalu Negeri Sembilan perlu diberi perhatian kerana mereka mempunyai barisan pemain terbaik dan berpengalaman luas dalam saingan Piala Malaysia. Begitu juga dengan PKNS yang dinobatkan Juara Liga Perdana 2011, mereka begitu kosisten mengharungi saingan liga. PKNS hanya kalah sekali daripada 22 perlawanan. Pendatang baru Sime Darby tidak boleh dipandang rendah, ini terbukti apabila mereka menyingkrkan Pahang diperingkat playoff dengan agregat 6-0.

Sementara itu T-Team pula diundi 1 kumpulan dengan Selangor, Kuala Lumpur dan PDRM. T-Team yang dibarisi ramai pemain berpengalaman perlu membuktikan kemampuan sebenar mereka yang begitu mengecewakan disaingan liga. Namun diperingkat kumpulan mereka perlu berdepan dengan Selangor yang diakui salah sebuah pasukan gergasi dalam Liga Malaysia. Ditambah pula dengan barisan pemain mereka yang lengkap di semua posisi. Manakala pertemuan dengan Kuala Lumpur mengikut kepada statistik pertemuan diperingkat liga, tidak berpihak kepada T-Team apabila mereka tewas kedua-dua perlawanan walaupun Kuala Lumpur dibarisi pemain muda. Satu lagi pasukan, PDRM yang dianggap pasukan underdog mungkin akan menjadi duri dalam daging kepada T-Team untuk menempah tiket ke suku akhir.

Perlawanan pertama peringkat kumpulan akan berlangsung pada 6.9.2011. Berikut adalah senarai penuh undian Piala Malaysia 2011

Kumpulan A
Kedah. Perak.
Sabah. Johor

Kumpulan B
Terengganu. Negeri Sembilan.
PKNS. Sime Darby

Kumpulan C
Kelantan. Johor FC.
Felda United. Sarawak

Kumpulan D
Selangor. T-Team.
Kuala Lumpur. PDRM


No comments:

Post a Comment