Peteh GANU Peteh...!!!
Selamanya Harimau Malaya

T-Team Mantapkan Pasukan



Pasukan T-Team telah membuat persediaan awal bagi menghadapi saingan PIala Malaysia musim ini dengan memasukkan beberapa pemain baru yang di pinjam dari pasukan lain. Antaranya ialah Mohd Fitri Omar (MP Muar), Mohd Jibrail Kamaron Baharin (Pos Malaysia), Mohd Faiz Subri (Perlis), Kamarul Bahrin Abdullah, Al- Amin Jusoh serta Khairo Anuar (presiden T- Team).
Selain itu perlawanan persahabatan juga akan di atur bagi menguji keupayaan serta kemampuan para pemainnya. Jurulatih T-Team Yunus Alif berkata beliau akan mencuba gandingan serta kombinasi baru bagi memantapkan pasukan dan juga mencari persefahaman antara pemain. Beliau mengharapkan percaturan yang di lakukannya mampu mewujudkan gandingan yang mantap serta lebih menyengat dari saingan di Liga Super.
Katanya lagi dengan barisan serta pengalaman para pemainnya, beliau yakin pasukan T-Team mampu pergi lebih jauh dalam saingan Piala Malaysia musim ini. Walau bagaimana pun pasukanya perlu bekerja keras untuk mencapai kejayaan kerana keupayaan pasukan lain tidak boleh di pandang mudah. Dalam pada itu T-Team terpaksa melupakan khidmat penjaga gol utamanya Syamsuri Mustafa yang berehat panjang selepas menjalani pembedahan lutut.


No comments:

Post a Comment