Peteh GANU Peteh...!!!
Selamanya Harimau Malaya

Tekad Abdul Hadi Yahya



Penyerang utama Skuad Penyu Abdul Hadi Yahya bertekad mahu membantu pasukannya memburu kejuaraan Piala Malaysia musim ini. Kekecewaan gagal membantu Skuad Harimau Malaya untuk layak ke pusingan seterusnya ingin dibuktikan pada saingan Piala Malaysia yang akan bermula September nanti.

Bagi Abdul Hadi Yahya inilah peluang terbaik untuk menebus kekecewaan dengan aksi yang kurang memberangsangkan sewaktu bersama Skuad Harimau Malaya. Tambah beliau lagi pengalaman ketika bersama Skuad Harimau Malaya dapat digunakan sepenuhnya untuk menghadapi saingan Piala Malaysia serta dapat mengulangi kejayaan manis sebagai penjaring terbanyak Liga Super.

Beliau menjelaskan jangan ambil mudah terhadap lawan yang akan ditentang kerana semua pasukan mempunyai kelebihan dan kekuatan masing-masing. Semua pasukan yang layak bersaing dalam Piala Malaysia ini adalah pasukan yang hebat dan rata-ratanya pernah menjuarai Piala Malaysia.





No comments:

Post a Comment