Peteh GANU Peteh...!!!
Selamanya Harimau Malaya

Taruhan 4 Serangkai



Sekali lagi kombinasi 4 serangkai Skuad Penyu Ashaari Shamsudin, Joseph Kalang Tie, Manaf Mamat serta Hadi Yahya menjadi taruhan Irfan Bakti bagi mengharungi kempen Piala Malaysia musim ini. Kombinasi 4 pemain ini cukup berkesan dalam pasukan Terengganu yang mana merupakan watak penting kejayaan Skuad Penyu musim ini.

Ashaari Shamsudin bukan sahaja mempunyai larian yang pantas malah kebijaksanaannya mencipta ruang serta hantaran bola yang tepat buat rakan dihadapan untuk mencipta jaringan. Begitu juga rakannya Joseph Kalang Tie berkemahiran mengawal bola yang mengelirukan sering memerangkap pertahanan lawan. 2 pemain yang berperanan diposisi sayap ini menjadi senjata utama Irfan Bakti dalam merencanakan setiap serangan pasukannya.

Dua penyerang Terengganu Hadi Yahya yang berjaya merangkul Anugerah Kasut Emas musim ini serta Manaf Mamat memang diakui mempunyai sentuhan penyudah yang cukup berbisa di depan pintu gol. Ini terbukti barisan depan Terengganu yang berjaya mencetak 43 gol dalam saingan Liga Super. Satu rekod yang membanggakan bagi gandingan pemain di barisan depan sesebuah pasukan.

Irfan Bakti sudah pasti mengharapkan trio harapannya ini dapat meneruskan prestasi dan juga momenton pada kempen Piala Malaysia September ini sepertimana yang telah di tunjukkan dalam saingan liga.


No comments:

Post a Comment