Peteh GANU Peteh...!!!
Selamanya Harimau Malaya

Malaysia Tunduk Kepada Jepun



Malaysia terpaksa akur dengan kehebatan Jepun yang turun selaku kuasa bola sepak Asia apabila tewas 2-0 dalam perlawanan pertama Kelayakan Olimpik peringkat kumpulan malam tadi.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Tosu memperlihatkan dominasi penuh anak buah Takashi Sekizuka yang menguasai sepanjang 90 minit permainan. Asakan Jepun bertali arus ke kubu Malaysia sejak wisel dimulakan berjaya dihadapan pada minit ke-10 menerusi ledakan Keigo Higashi yang tidak dikawal dalam kotak penalti membuat rembatan leret ke sebelah kanan pintu gol Malaysia.

Di babak kedua sedikit perubahan ditampilkan anak buah Ong Kim Swee apabila beberapa kali dapat melepasi benteng pertahanan Jepun namun hantaran kepada rakan dihadapan mengecewakan. Begitu juga dengan rembatan di luar kotak penalti Abdul Shukur dan Mohamad Fandi Othman yang jauh tersasar. Pada minit ke-76 Yamazaki mudah menolak masuk untuk gol kedua Jepun selepas menerima bola hantaran lintang rakan sepasukan.

Ketangkasan penjaga gol Malaysia Khairul Fahmi Che Mat berjaya menggagalkan Jepun daripada berkenduri gol.




No comments:

Post a Comment