Peteh GANU Peteh...!!!
Selamanya Harimau Malaya

Permit Kerja Halangan Safee Sali



Setelah menjalani ujian pemilihan selama dua minggu bersama Cardiff City, aksi Safee Sali telah berjaya memikat hati pengurusnya Malky Mackay. Namun penyerang sensasi Harimau Malaya ini mungkin terpaksa melupakan hasrat untuk beraksi bersama kelab Liga Kejuaraan tersebut.

Ini berikutan syarat utama yang di kenakan United Kingdom ke atas pemain bukan Eropah bagi mandapatkan permit kerja adalah pemain tersebut mestilah dari negara yang menduduki ranking 70 dunia FIFA sedangkan Malaysia menduduki ranking ke 146 dunia.

Malky MacKay mengaku berpuas hati dan berminat dengan Safee Sali tetapi beliau tidak mahu bersusah payah dengan masalah luaran seperti urusan permit kerja memandangkan beliau mempunyai pilihan pemain lain. Walau bagaimana pun Safee Sali tetap bersemangat untuk terus mencari peluang serta menimba pengalaman sebanyak mungkin dalam sesi ujian pemilihan berakhir Isnin ini.



No comments:

Post a Comment