Peteh GANU Peteh...!!!
Selamanya Harimau Malaya

Faizal Mohamad Kukuh Benteng Pertahanan



Terengganu berjaya mendapatkan khidmat pemain pertahanan Harimau Muda A, Faizal Mohamad bagi menghadapi kempen Piala Malaysia musim ini. Menurut Penolong Pengurus Pasukan Terengganu Sheikh Tajudin, Faizal Mohamad merupakan pemain tunggal yang di pinjamkan oleh pasukan Terengganu.

Walaupun hanya seorang pemain sahaja beliau yakin barisan pemain Terengganu mampu meneruskan rentak kecemerlangan dalam saingan Piala Malaysia. Beliau juga berharap dengan kehadiran Faizal Mohamad ini akan mengukuhkan lagi barisan pertahanan Terengganu. Faizal Mohamad telah pun menjalani latihan bersama-sama pemain Terengganu yang lain sejak semalam.




No comments:

Post a Comment